Oct 6, 2004

Motivasi diri 3:Masalah dan Org Hebat :)

Bila lihat sekeliling , bila lihat diri sendiri, bila lihat sesiapa yang disapa mata..baru aku terfikir bahawa setiap orang takkan sunyi dari permasahalahan. Mana ada orang yang selamanya terlentang mengharap tuah? Mana ada si kaya yang lena tidurnya? Mana ada si miskin yang tidak berduka..tanpa makanan bagai lerai jiwanya. Yeah..tiap kita punya masalah.

Faktanya, kehidupan bukanlah untuk hidup dengan masalah semata tapi yang pentingnya ialah bagaimana nak menangani masalah. Ingat sebelum tu, usah sesekali lari dari masalah…nanti boleh je ia kembali menghantui hidup..hehe! Inilah masa yang sebenar utk menaakul (berfikir cara logic) dan mencari penyelesaian dengan menggunakan nikmat aqal. Aqal yang dipantau secara baik (dibekalkan ‘makanan’ yang sihat) InsyaAllah akan pasti membantu kita mendepani masalah. Namun, hakikatnya kita semua perlulah melakukan usaha sebelum berserah pada Allah. Bukan kah Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita? Ermm..di sebalik segalanya pasti terdapat hikmat besar utk mereka yang betah berfikir. Pinjamkan sebentar kewarasan minda, pastinya kita akan dapati segalanya bukan bebanan yang maha berat. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Kenal erti kehidupan barulah semakin matang jadinya, maka jangan segan utk meminjam kisah orang lain untuk diteladani. Kehidupan itu ada pelbagai warna dan termaktub di situ perihal gembira, sedih, petaka dan sebagainya, jadi kita memang tak boleh nak lari ke mana, Apa pon, pastinya kite yakin bahawa kehidupan itu lebih cantik bila berwarna-warni..

Bersyukur dan terima diri. Usah sesekali kesalkan siapa diri kerana ada al Khaliq yang mencipta kita. Jika Dia adalah pencipta agung, maka yang dicipta itu tentulah segala yang hebat dan cantik juga..betulkan? Nah! Sedarlah bahawa kita ini hebat cumanya perlu lakukan sesuatu utk menyerlahkan kehebatan itu dan maju mencapai segala impian. Bukan kah Allah suruh kita berusaha?

Akhirnya, ingin dikongsikan hikam ini yang berbunyi ‘hati yang bahagia adalah bila kita adil pada diri sendiri’ Ermm..jika ingin adil pada diri maka laksanakanlah segala yang fitrah. Fitrah manusia inginkan kejayaan, menjadi yang terbaik dan alirkan semuanya di landasan yang satu (seperti yang kita pernah janjikan pada Ar Rob di zaman sebelum tiba ke dunia) Pantaukan segalanya pada ketauhidan yang mutlak. Hormati dan kasihkan diri, yakinlah bahawa kita ini adalah insan yang hebat, dicipta oleh pencipta yang hebat dan kehidupan ini adalah tempat utk mereka yang hebat juga Wallahu’alam

No comments: